Bangunan Flat PKNS Kampung Kerinchi Terbakar

by
Flat Kampung Kerinchi Terbakar Bangunan Flat PKNS Kampung Kerinchi Terbakar

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Bangunan Flat PKNS Kampung Kerinchi Terbakar | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Siang tadi tengok kat news feed facebook ramai yang update pasal kebakaran di Kampung Kerinci. Yang upload video pon ada. Tapi Dr Fuh tak sempat nak baca dan tonton video tersebut siang tadi disebabkan banyak kerja perlu diselesaikan untuk persediaan kahwin. Errr bukan perkahwinan Dr Fuh, tapi adik kepada Dr Fuh. Hehe. Tadi dah settle semua kerja untuk hari ni baru sempat nak jengok-jengok laptop ni. Alang-alang dah baca dan tonton video kebakaran Flat PKNS Kampung Kerinchi disini Dr Fuh share artikel berita tersebut dengan korang.

KUALA LUMPUR: Bangunan flat PKNS di Kampung Kerinchi, dilaporkan terbakar petang tadi dan pihak Bomba dan Penyelamat telah digerakkan ke tempat kejadian sekitar jam 5 petang.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba, Azahar Yaacob yang kini berada di lokasi kejadian, kebakaran tersebut melibatkan enam buah rumah di tingkat 17 flat berkenaan.

“Kami menerima panggilan sekitar jam 4.40 petang dimana pihak bomba dan sukarela sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian ini. Susulan maklumat akan dimaklumkan kemudian,” kata Azahar.

Setakat ini, punca kebakaran Flat PKNS Kampung Kerinchi masih belum diketahui dan tiada kecedaraan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Hamid Daud turut memberitahu bahawa setakat ini, kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian ini telah berjaya dikeluarkan.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Petua Mengilatkan Cermin Dengan Mudah

Bangunan Flat PKNS Kampung Kerinchi Terbakar
Dr Fuh